Wednesday 25 September 2013

Kalau anda ialah seorang penguasa dunia


Kalau saya ialah seorang penguasa dunia,saya akan menasihati dan menyeru manusia yang di dunia ini mencintai alam sekitar.Pada zaman sekarang,alam sekitar yang tercinta ini telah tercemar.Keadaan ini semakin serius dan amat membimbangkan orang ramai kerana alam sekitar yang tercemar akan menyebabkan banyak penyakit berlaku seperti kanser.Sebagai contoh yang seterusnya,udara amat penting kepada setiap hidupan dan sekiranya udara tercemar dengan bahan-bahan bahaya,kehidupan manusia juga akan terancam.Oleh itu,jika saya ialah seorang penguasa dunia,saya akan menyeru setiap manusia sentiasa mencintai alam sekeliling dan tidak boleh melakukan aktiviti yang akan mencemarkan alam sekitar seperti menebang pokok dengan berleluasan dan pembinaan kilang secara haram serta tanpa lesen.Manusia seharusnya sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti menanam pokok,tidak membuang sampah di merata-rata tempat dan sebagainya.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment