Thursday 17 October 2013

Kepentingan Elektrik


Tenaga elektrik adalah satu keperluan penting dalam kehidupan.  Setiap hari kita menggunakan peralatan – peralatan elektrik.  Dalam dunia yang serba maju ini, kita semakin bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian.  Kepentingan tenaga elektrik dan kegunaanya adalah terlalu banyak untuk dinyatakan.

Penggunaan peralatan- peralatan elektrik juga dapat meningkatkan taraf kehidupan kita di samping menambah kesejahteraan dan keselesaan hidup.Untuk memastikan bahawa keperluan tanaga elektrik adalah sentiasa mencukupi dan berterusan serta pada harga yang munasabah, kita perlu menggunakan tenaga elektrik dengan cekap, bijak, dan proaktif.Di harapkan kita semua prihatin dan sedar akan peranan dan tanggungjawab bersama untuk menjimatkan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan di samping membantu dalam memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.


                 Adakah anda bayangkan apa yang akan berlaku jika dunia ini tidak ada elektrik?Dunia ini mesti akan menjadi sangat huru-hara.Hal ini dapat dibuktikan semasa UKM black out.Saya masih ingat masa itu banyak kelas dibatalkan dan banyak aktiviti pun tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.Dalam dunia yang berteknologi ini,setiap aktiviti adalah berkaitan computer.Disebabkan tidak ada elektrik,banyak kerja terpaksa berhenti.Pensyarah tidak dapat menjalankan kerja mereka,pelajar tidak dapat belajar juga.Selain itu,banyak orang juga akan bimbang akan bateri handphone dan computer masing-masing kerana tidak dapat charge.Hal ini juga menyebabkan kamin tidak dapat berhubung dengan antara satu sama lain terutamanya kawan-kawan dan ahli keluarga.

              Konklusinya,sudahlah kita tahu bahawa elektrik adalah sangat penting kepada kita.Oleh itu,kita perlulah menghargai apa-apa yang kita dapat sekarang.

No comments:

Post a Comment